Thursday 9 August 2012

PERANAN IKS

1.      Membuka peluang pekerjaan.
-          Berupaya membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.
-          Dapat membuka peluang dan berfungsi sebagai pengeluaran dalam operasi IKS.

2.      Tabungan dalam ekonomi.
-          Dapat membantu meningkatkan jumlah tabungan dalam ekonomi Negara.
-          Penubuhan IKS dari segi ekonomi menggalakkan kadar simpanan dan tabung ekonomi.
-          Dapat mengelakkan pembaziran.

3.      Latihan kepada pekerja.
-          Latihan dalam pelbagai kemahiran untuk pekerja.
-          Melalui penyertaan dalam IKS, mereka dapat latihan dan kemahiran.

4.      Memperkukuh asas Industri Negara.
-          IKS memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi Negara.
-          IKS memberi sumbangan penting kepada firma besar dan syarikat antarabangsa.

Sunday 5 August 2012

DEFINISI


Terdapat pelbagai definisi yang diberikan mengikut aspek-aspek tertentu sesuatu jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah kerja yang diupah, saiz asset tetap, modal, jualan dan sebagainya. Sebuah Negara menggunakan saiz piawai dan criteria yang berbeza sebagai pengukuran dan pentaksiran IKS. Mengikut Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura telah didefinisikan IKS sebagai sebuah syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 30% melebihi $8 juta (bagi sektor pengeluaran) dan mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang pekerja (bagi sektor industri perniagaan atau perkhidmatan )

Di Malaysia, sebuah agensi telah ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan dan mengkordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. IKS dalam sektor perkilangan didefinasikan sebagai syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang .


Jadual 1; Bilangan pekerja dan nilai jualan IKS
Industri
Bil. Pekerja Tetap
Nilai Jualan Tahunan
IKS
150
RM 25 juta
Sederhana
51-150
RM 10 – RM 25 juta
Kecil
50
RM 10 juta
Sumber: SMDEC


Manakala, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di dalam laporannya pada tahun 1994 telah mendefinasikan IKS dari sudut jumlah modal seperti berikut:

Jadual 2: Jumlah modal IKS
Industri
Jumlah Modal ( RM )
Kecil
Kurang daripada RM 500,000
sederhana
RM 500,000 hingga RM 2.5 juta
Sumber : MITI


Peranan dan sumbangan IKS penting kepada Negara. Di antara peranan IKS adalah:
  • 1)      Menjadi teras proses perindustrian Negara
  • 2)      Menjadi penyokong serta pelengkap kepada pembangunan sektor perindustrian
  • 3)      Meningkatkan daya saing Negara.


Pada keseluruhannya, IKS memainkan peranan yang penting dan mencapai Wawasan 2020

Wednesday 1 August 2012

PENGENALAN

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.



Lesen dan Permit

Untuk menjalankan aktiviti perniagaan IKS, anda perlu mendapatkan lesen premis dan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Selain itu, perniagaan-perniagaan tertentu juga memerlukan lesen khas mengikut jenis perniagaan.



Pembiayaan dan Geran


Kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha IKS. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan.


Geran dan Insentif


Berikut adalah geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS:
  • Skim kewangan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
  • Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC)
  • Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
  • Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)
  • Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
  • Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
  • Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah (KPLB)
  • Skim geran penyelidikan dan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC)

Pinjaman


Berikut adalah kemudahan pinjaman yang disediakan kepada pengusaha IKS:

  • Institusi kewangan kerajaan
  • Bank komersial
  • Syarikat kewangan


Skim Khas Bank Negara


Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperolehi pembiayaan.



Khidmat Nasihat dan Perundingan


Usahawan dan pelabur yang inginkan pendedahan lanjut mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi Kerajaan dan beberapa badan yang lain.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons