Saturday 8 September 2012

KOPERASI KGMMB BERHAD



Nama Pemilik : WAN AHMAD NASIR BIN HJ. WAN HASSAN
Alamat : KGMMB DAGANG (M) SDN BHD, No. 46, Jalan Flora Utama 4, Taman
Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor.
Emel : kdsb_bp@kopkgmmb.com.my
Web : http//kopkgmmbjohor.blogspot.com
Tel/Fax : 07-4329554


PENGENALAN SYARIKAT

      Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad atau lebih dikenali sebagai Koperasi KGMMB Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1974 bertujuan memajukan perniagaan kredit kepada angotanya yang juga anggota Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat

    Langkah ini diambil bagi membantu dan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada guru-guru melayu iaitu mengumpul dana dan kemudian melaborkan semula kepada anggota dalam bentuk pembiayaan.



"SATU RENTAK, SATU TEKAD, MEREKAYASA KEGEMILANGAN KOPERASI KGMMB BERHAD"



Misi



Koperasi usahawan yang gemilang berlandaskan prinsip hidup berbakti dan wakaf korporat.

Visi

Kearah sebuah organisasi yang memperjuangkan ekonomi Guru-Guru Melayu berteraskan Islam , mengutamakan kualiti dan kukuh dalam aspek keanggotaan, kewangan, pelaburan dan pengurusan sumber manusia.


Motto


"Hidup Berbakti"




Nilai Korporat


1. Jihad Bisnes
2. Berintegriti
3. Profesional
4. Semangat Berpasukan
5. Berorientasikan Pelanggan
6. Prihatin Kebajikan Staf
7. Kreatif dan Inovatif




KEANGGOTAAN


Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada guru-guru Melayu (Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Melayu) yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran dan Tenaga Pengajar Melayu yang berkhidmat di Kolej/Institusi Pengajian Tinggi yang menjadi ahli Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat.



Kelayakan

· Warganegara Malaysia.
· Berumur lapan belas tahun ke atas.
· Bermastautin atau mempunyai tanah atau bekerja dalam kawasan operasi koperasi ini
· Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.



Caruman Bulanan


Pendaftaran masuk(Sekali Sahaja)
RM10.00
Modal Yuran
RM30.00
Derma Kematian
RM3.00

 




(Dibayar Melalui Potongan Gaji Biro Perkhidmatan Angkasa)

Modal Syer : Modal syer sebanyak RM100 bagi setiap anggota juga akan dibuat melalui
potongan gaji.


Faedah Menjadi Anggota

· Memperolehi dividen atas pelaburan setiap tahun tertakluk kepada keuntungan.
· Sumbangan Derma Kematian antara RM10,000 hingga RM20,000 dan sumbangan pengebumian RM1,000(tiada had umur) kepada waris/penama anggota yang aktif.
· Menikmati pelbagai skim pembiayaan Koperasi yang menarik tanpa memerlukan penjamin. Diantara skim pembiayaan disediakan ialah:


o Pembiayaan Segera Tanpa Faedah sehingga RM5,000
o Pembiayaan Peribadi sehingga RM50,000
o Pembiayaan Barangan Pengguna sehingga RM30,000


Pembiayaan Koperasi


Koperasi menawarkan pelbagai jenis pembiayaan kepada anggota tanpa memerlukan penjamin.Jenis-Jenis Pembiayaan yang ditawarkan :


· Pembiayaan Peribadi
· Pembiayaan Segera
· Pembiayaan Pengguna



Kelayakan


1. Seorang Anggota berdaftar yang telah diterima keanggotaannya oleh Koperasi KGMMB Bhd

2. Seorang anggota adalah tidak layak sekiranya :

· Masih dalam proses pendaftaran berhenti
· Menangguhkan keanggotaannya atau tidak membayar yuran tiga(3) bulan berturut-turut atau status keanggotaan digantung (Status 04).









0 comments:

Post a Comment


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons