Terdapat pelbagai definisi yang diberikan mengikut aspek-aspek tertentu sesuatu jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah kerja yang diupah, saiz asset tetap, modal, jualan dan sebagainya. Sebuah Negara menggunakan saiz piawai dan criteria yang berbeza sebagai pengukuran dan pentaksiran IKS. Mengikut Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura telah didefinisikan IKS sebagai sebuah syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 30% melebihi $8 juta (bagi sektor pengeluaran) dan mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang pekerja (bagi sektor industri perniagaan atau perkhidmatan )
Di Malaysia, sebuah agensi telah ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan dan mengkordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. IKS dalam sektor perkilangan didefinasikan sebagai syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang .
Industri | Bil. Pekerja Tetap | Nilai Jualan Tahunan |
IKS | 150 | RM 25 juta |
Sederhana | 51-150 | RM 10 – RM 25 juta |
Kecil | 50 | RM 10 juta |
Industri | Jumlah Modal ( RM ) |
Kecil | Kurang daripada RM 500,000 |
sederhana | RM 500,000 hingga RM 2.5 juta |
- 1) Menjadi teras proses perindustrian Negara
- 2) Menjadi penyokong serta pelengkap kepada pembangunan sektor perindustrian
- 3) Meningkatkan daya saing Negara.
0 comments:
Post a Comment