Friday 7 September 2012

SYARIKAT AMIN AGENCY







Pemilik : Abd Jamil Bin Hj.Tahir
Alamat : 95B Jalan Shah Bandar, Batu Pahat, Johor
Telefon : 07 – 4316505
Fax : 07 – 4311885
E-mel : aminagency@yahoo.com.my

Pelan Syarikat










LATAR BELAKANG SYARIKAT.


Syarikat Amin Agency adalah merupakan sebuah firma perkongsian yang menjalankan pelbagai aktiviti khususnya import dan eksport. Ia telah ditubuhkan pada 3 Julai 1974 dengan nombor pendaftaran 000338186-A. Firma ini dimiliki oleh Puan Zaharah Binti Lamdin dan anaknya, En. Jamsari Bin Haji Abd Jamil.

Firma ini merupakan kawasan baru yang lebih strategik dan lebih sesuai kerana terletak berhampiran Sungai Batu Pahat yang memudahkan pengoperasian import dan eksport. Selain itu, firma ini juga merupakan lokasi yang strategik kerana berhampiran dengan jabatan-jabatan tertentu yang tertentu yang berkaitan import dan eksport seperti Jabatan Kastam Negeri Johor, Jabatan Imigresen, dan Jabatan Shahbandar dan juga Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).













AKTIVITI SYARIKAT.


Syarikat Amin Agency bukan sahja menjalankan aktiviti import dan eksport, malah banyak menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan seperti :


  • .  Perkhidmatan Pengangkutan Am - laut dan darat, jeneral komisyen, insuran, ejen perkapalan, ejen pelancongan, kapal sendiri, pembinaan perkapalan, broker kapal, tambang pengangkutan (laut), cargo muatan (kapal) mengangkut

  •     general  Kontraktor dan sub-kontraktor dan sub-kontraktor kepada pelbagai pembangunan, penyusunan, kejuruteraan, keelektrikan, telekomunikasi, mekanikal, penebasan rumput, santas dahan, pertukanan perabot, pembaikian paip, pembersihan dan kerja-kerja berkaitan. 

  •     Pengusahakan dan menjalankan perniagaan mengupah atau membekalkan mesin pertanian, peralatan biji benih, membaja, serangga dan lain-lain. 

  •     Menjalankan semua atau sebarang perniagaan pemborong peruncit, pengimport, pengeskport pedagang, wakil pengedar dan di dalam pelbagai keluaran dan keperluan dan semua jenis barangan dan barang dagangan samada barang pakaian atau sebaliknya atau di dalam keadaan mentah atau belum siap dan berurusan di dalam semua keluaran, barang keperluan dan perdagangan oleh kedua-dua pedagang dan peruncit. 

  •      Menjalankan perniagaan sebagai agen rumah, tanah dan agen estate, pentaksir, penilai, jurulelong, segen isuran, broker, agen komisyen dan penyewa kapal. 







0 comments:

Post a Comment


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons