Sunday, 9 September 2012

RM5j SETAHUN BANTU IKS JOHOR


ABDUL Ghani Othman menyerahkan peralatan kepada seorang penerima pada Majlis Penyerahan Mesin dan Bantuan Program Galakan Usahawan Jabatan Pertanian Negeri Johor di Kompleks Sukan Komuniti Pulau Penarik, Sungai Mati dekat Ledang, Johor, kelmarin.



LEDANG 14 Julai - Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM5 juta setahun membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) meningkatkan produktiviti mereka sekali gus mampu berdaya saing di pasaran.


Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM3 juta hingga RM4 juta disalurkan kepada Jabatan Pertanian negeri dan RM1 juta lagi menerusi Perbadanan Usahawan Johor sebagai modal tambahan untuk pengusaha.


"Ini berbeza dengan 14 tahun lalu, kita beri peruntukan hanya RM1 juta setahun tetapi kini kita beri RM3 juta hingga RM4 juta setahun kepada Jabatan Pertanian negeri dan RM1 juta lagi kepada Perbadanan Usahawan Johor.


"Menerusi Perbadanan Usahawan Johor seramai 28 pengusaha IKS telah menerima bantuan," katanya pada Majlis Penyerahan Mesin dan Bantuan Program Galakan Usahawan Jabatan Pertanian Negeri Johor 2012 di Kompleks Sukan Komuniti Pulau Penarik, Sungai Mati, di sini semalam.


Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Ab. Aziz Kaprawi; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang serta Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan.


Pada majlis tersebut seramai 28 pengusaha IKS dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom menerima bantuan mesin, peralatan dan wang tunai untuk membantu mereka meningkatkan tahap pengeluaran.


SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 15 JULAI 2012

28 produk industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan bernilai RM15 juta akan menembusi pasaran China

Noh Omar dan Jamal Md. Yunos (kanan) menunjukkan isyarat bagus terhadap produk IKS pada perasmian My Agro Hypermart di Serdang, semalam.





KUALA LUMPUR 8 Jan. – Sebanyak 28 produk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan bernilai RM15 juta akan menembusi pasaran China bulan ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kesemua produk di bawah jenama 1Malaysia Best yang terdiri daripada makanan ringan dan sejuk beku itu merupakan sebahagian daripada lebih 2,000 produk yang terdapat di My Agro Hypermart, Taman Pameran Pertanian Serdang (MAEPS) dekat Serdang.

Katanya, syarikat China itu amat berpuas hati dengan kualiti, pembungkusan dan penjenamaan produk IKS negara yang memenuhi syarat yang ditetapkan negara berkenaan.

”Kita bercadang untuk meningkatkan lagi jumlah produk IKS dari My Agro Hypermart untuk dieksport ke luar negara selepas ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan My Agro Hypermart dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif; Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman dan Pengarah Urusan Rukun Saksama Sdn. Bhd., Datuk Jamal Md. Yunos.

My Agro Hypermart merupakan kerjasama antara kementerian dengan Rukun Saksama dalam mengumpul dan memasarkan produk IKS ke peringkat tertinggi.

Noh dalam pada itu berkata, matlamat utama kementerian menubuhkan My Agro Hypermart adalah bagi mengumpulkan produk-produk IKS yang sebelum ini ‘berselerak’ di bawah satu bumbung.

Pada masa sama, katanya, pasar raya itu juga akan menjadi pusat sehenti kepada produk IKS dalam usaha memberi kemudahan kepada syarikat luar negara yang ingin membeli barangan tempatan dengan menggunakan jenama 1Malaysia Best.

“Justeru, kita menyasarkan 13,000 produk IKS dapat dikumpulkan melalui My Agro Hypermart,” katanya.

“Saya yakin My Agro Hypermart akan setanding dengan pasar raya antarabangsa, sekali gus menjadi kebanggaan kita,” katanya.

Sementara itu, Noh berkata, usahawan yang ingin membuka pasar raya seumpama itu boleh menggunakan bangunan kementerian di seluruh negara sekiranya ia didapati sesuai bagi tujuan berkenaan.

”Kita bersedia bekerjasama dan memberi nasihat sekiranya ada usahawan yang tampil untuk membuka pasar raya itu, namun kita tidak akan membantu dari segi modal dan geran,” katanya.



Credit – Utusan Online

JASA SEMPURNA KONTRAKTOR

lokasi


Wakil Pemilik: Hj Jamaludin Bin Hj Ahmad

Alamat: 76, Jalan Kundang 4, Taman Bukit Pasir, 83000 Batu Pahat,
              Johor Malaysia

No. Tel: 07- 4327604

No. Fax: 07 - 4327604

ETIQA INSURANCE BERHAD






Wakil Pemilik: Etiqa Insurance Berhad

Alamat: Aras 19, Menara C, No. 1 Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur , Malaysia

No. Tel: 03 - 2297 1800 , 1 300 13 8888

Email: info@etiqa.com.my

Wakil Pemilik: Etiqa Insurans Berhad

Alamat: No. 19, Jalan Kundang , Taman Bukit Pasir, 83000 Batu Pahat,
              Johor, Malaysia


peta lokasi


PUTRA BINABANGUN SDN BHD





Nama Syarikat : PUTRA BINABANGUN SDN. BHD.

No. Pendaftaran Syarikat : 73930-U

Tarikh Penubuhan : 6 August 1981



Modal Kongsi : RM1,000,000.00

Modal Permulaan : RM800,000.00

Aktiviti Utama: minyak & gas,pembinaan, kejuruteraan &membekal tenaga pekerja


Lembaga Pengarah :

1. Yusof Abas (Presiden)

2. Sayed Amir Muzakkir

3. Wan Azhar Mohamed Yusof



Pengarah Operasi : Faridah Othman

Ketua Pegawai Eksekutif : Ismail Bin Saleh



Wakil Pemilik: Yusof Abas
Alamat: Suite 21-01, Level 21,Menara Safuan, 80, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
No. Tel: +603-20702131, +603-20702178,
No. Fax: +603-20702189


Wakil Pemilik: Mohamad Bin Hj. Muda
Alamat: No. 31, Jalan Timah Sari,
Kampung Kenangan Dato Onn 1,83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia,
No. Tel: +607-4327216
Fax: +607-4324798




Wakil Pemilik: Sayed Amir Muzakkir
Alamat: No. 62A, Jalan Nipah 14,Taman Daya, 81100 Johor Bahru,
Johor, Malaysia
No. Tel: +607-3515449 Fax: +607-3525449


peta lokasi


COMMERCE ASSURANCE BERHAD


Wakil Pemilik: Ahmady Bin Jaafar
Alamat: Tingkat 1, Kompleks Penggaram, Jalan Abdul Rahman, 83000 Batu Pahat, Johor
No. Tel.: 07- 4349223

Aktiviti Syarikat
Memberi khidmat insuran harta peringkat antarabangsa

Peta lokasi

KOSMETIK SRI CAHAYA


NAMA SYARIKAT : KOSMETIK SRI CAHAYA

NAMA PEMILIK : NOORZIRA BINTI RADZUAN

ALAMAT : 129 JALAN RUGAYAH, 83000 BATU PAHAT.

peta lokasi



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons